Saturday, January 26, 2013

Malam Kebudayaan Kamsis

Assalammualaikum wbt.

Sambutan maulidur Rasul kali ni berbeza dengan yang sebelum sebelum ini. Aku ingat lagi, 11 tahun aku sambut maulud Nabi kat sekolah tapi tak terasa apa apa langsung. Tiada pendekatan untuk menghayati perjuangan Nabi. Tapi..... Bila sampai sini, macam macam orang aku jumpa. Kebanyakkannya banyak membantu aku dalam bab bab yang aku tak tahu. Kadang kadang aku hanya perhatikan.

Detik hati ini.

Teringin nak berubah kepada yang lebih baik. Serious. Kearah positif. Tapi......

Aku takut dengan ayat ayat macam ni :

"Tudung dah labuh, perangai buruk"

"Asyik dok sembahyang, tapi gelak ketawa nauzubillah"

"Baju gedebeh besar, gemuk ke mengandung ke? Hishh hipokrit!"



Aku tak kesah tapi mulut manusia buat hati aku berdetik 453627 kali tahu dok?

Aku teringin nak jadi macam senior aku yang sorang ni. Cantik berniqab. Tapi aku takut nak dekati mereka. Bukan takut kerana apa, tapi takut aku ni terlalu hina. Banyak sangat dosa dosa lampau. Haihhh

Punyalah Nabi Muhammad tu nak angkat martabat seorang mujahidah atau muslimah tapi kita? Dok suka tayang mana tak patut. Urghhh hina sungguh diri ini. Terasa macam kerdil sangat sangat.


Back to real story.

Aku start terdetik nak berubah bila Kak Nisa cakap "Malam persembahan tuuu nanti, pakai baju kurung atau jubah dan bertudung sesempurna wanita solehah" Hmmmm balik bilik nak siap siap, aku berfikir 3542 kali nak pakai tudung jenis acano. Hehehe then terjumpaaa lah tudung bidang besar. Bukan nak bangga but atleast aku rasa itu yang terbaik.

Now aku rasa macam "Hmmmm aku nak teruskan jugak pakai tudung tuuuu" tapi tapi tapi ...... Hanya Allah yang tahu rasa hati ini :(

Malam Kebudayaan Kamsis tuuuu ada persembahan bertemakan Rasulullah. Yela, Sambutan Maulud Nabi kan. Hehe

Terasa tenang je malam tuuuuu. Mungkin. Maybe. Perhaps. Kdone.





See you next post. Goodnight darling :) Kbai.
The End

No comments:

Post a Comment